Tugasan Berkumpulan 1 & 2 (VTME2041 KEWARTAWANAN IV)







                    





PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER KEDUA SESI 2023/2024 (A232)


VTME2041 KEWARTAWANAN IV (JOURNALISM IV)

NAMA JURULATIH:

DR. MAIZATUL AZURA YAHYA


NAMA KUMPULAN: 

KUMPULAN BERITA HIBURAN (B)

Bil

No. Matrik 

Nama Pelajar

No. Telefon

1

292135

NAZAITUL AKMA BINTI ABDUL RAZAK

016 - 5890452

2

292817

NURAFIFAH NABILAH BINTI ADZMI

011 - 39639811

3

295952

IRDINA WONG DANIELLE

018 - 3722676

4

295618

SITI NUR JANNAH BINTI MOHD ZULKIFLI

012 - 9420985

5

295407

NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI ISMAIL

017 - 6796762

6

295382

SITI NUR AISYAH IZZATI BINTI AZALIMAN

013 - 7376553


TARIKH SERAHAN: 

MINGGU KE-7     


TUGASAN BERKUMPULAN 1 (KRITIKAN FILEM/DRAMA)


DRAMA/FILEM MALAYSIA


Gambar 1


Judul filem: Doh

Pengarah: Arif Zulkarnain & Haris M. Nor

Pengeluaran: Indigo Films

Tahun terbitan: 2023


SINOPSIS FILEM DOH

Mengisahkan kisah seorang lelaki muda yang bernama Faiz. Selepas bapanya meninggal dunia, dia ditugaskan untuk menjaga Farhan Bakery iaitu kedai warisan keluarganya. Faiz kembali ke kampung halamannya di Ipoh, di mana keluarga telah menjalankan kedai roti dan kuih selama bertahun-tahun. Namun, kedatangan bakeri moden yang lebih popular di kawasan itu telah menimbulkan persaingan antara bakeri. Faiz dan adik-adiknya dipaksa untuk mengekalkan perniagaan keluarganya sambil mereka bersaing dengan peniaga baru untuk menarik pelanggan. Mereka dilema antara mempertahankan identiti dan keunikan perniagaan mereka dan memenuhi keperluan moden. Situasi menjadi lebih sukar apabila Faiz percaya dia tidak mampu menguruskan kedai roti dan kuih itu. Hal ini berlaku kerana dia telah meninggalkan kemahirannya dalam menguli tepung untuk jangka masa yang lama dan memilih kehidupan moden di Kuala Lumpur.


Namun begitu, Faiz telah mengalami sentuhan nostalgia dan kehangatan kenangan bersama bapanya semasa berada di Ipoh. Faiz memikirkan semula warisan keluarganya dan apa sebenarnya erti kebahagiaan. Faiz perlu membuat keputusan penting tentang masa depan kedai roti dan kuihnya, serta tanggung jawabnya sebagai pemilik.


LAKON LAYAR

Lakon layar "Doh" memikat dengan kemampuannya menyampaikan emosi yang mendalam dan kompleks. Dialognya terasa alami dan mengalir dengan lancar, menjadikan setiap percakapan antara watak-wataknya sangat memikat. Selain itu, alur ceritanya dirancang dengan baik, menggabungkan elemen-elemen drama, kekeluargaan, persahabatan dengan harmonis. Kehebatan lakon layar ini tercermin dalam kemampuannya untuk mengangkat tema-tema universal dengan cara yang menyentuh hati dan merangsang pemikiran penonton. "Doh" adalah contoh yang luar biasa yang memberi inspirasi kepada penonton supaya tidak berputus asa dalam mencapai impian, menghargai ahli-ahli keluarga dan merendah diri dikala mempunyai kelebihan.


Walaupun filem ini menawarkan latar yang menarik dan atmosfer yang menegangkan, tetapi plotnya terasa terlalu lurus dan mudah ditebak. Karakter-karakternya juga kurang dikenali secara mendalam, menyukarkan penonton untuk benar-benar merasakan kaitan dengan mereka. Selain itu, beberapa adegan terasa terlalu lambat, mengurangkan ketegangan dan kegembiraan semasa menonton. Walaupun begitu, visualnya sangat memukau dan lakonan pelakon-pelakonnya cukup mantap.


SKRIP

Antara aspek yang boleh dipuji bagi skrip filem ini adalah pengembangan karakter yang kuat. Skrip ini berjaya dalam mengembangkan watak-wataknya dengan baik. Setiap watak mempunyai latar belakang, motivasi, dan konflik dalaman yang mendalam, menjadikan penonton dapat merasai hubungan dengan mereka. Contohnya, Faiz yang terpaksa mengambil cuti untuk pulang ke kampung halamannya setelah ayahnya meninggal. Sebagai anak sulung, beliau diharapkan untuk menyambung legasi ayahnya yang membuat bisnes roti. Beliau berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk hasil pembuatan roti kurang sedap, persaingan dengan kedai roti lain, dan beban dari tempat kerjanya.


Selain itu, filem ini juga mengandungi alur cerita yang tidak terduga. Skrip ini mampu menyajikan alur cerita yang tidak terduga dan penuh dengan kejutan. Hal ini menjaga ketegangan dan minat penonton sepanjang filem berlangsung, serta membuat mereka terus ingin tahu tentang apa yang akan terjadi seterusnya. Contohnya Faiz yang memilih untuk menjual premis kedai arwah ayahnya setelah berputus asa untuk menyambung perniagaan roti. Pada pengakhiran filem, Faiz mengimbau kembali kenangan membuat roti dengan ayahnya semasa dia masih kecil. Lalu, dia membatalkan niat untuk teruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan pergi ke kedai arwah bapanya semula. Dia memilih untuk membuat roti dan beri roti buatannya secara percuma kepada pelanggan ayahnya.


Namun begitu, walaupun skrip ini mempunyai alur cerita yang menarik, resolusi akhirnya terasa kurang memuaskan. Beberapa konflik mungkin tidak diselesaikan dengan cara yang memuaskan atau tidak memberikan pemahaman yang mencukupi kepada penonton. Contohnya, Faiz bertengkar dengan adiknya Fathul kerana mencuri wang dari cashier kedai. Pertengkaran tidak diakhiri dengan penjelasan daripada Fathul, sebaliknya luahan marah Fathul yang sering diketepikan oleh ayahnya. Pengakhiran bagi babak pertengkaran itu dipercayai tidak relevan dan tidak memberi kesan terhadap plot.


LAKONAN

Tidak dinafikan bahawa lakonan beberapa pelakon yang berjaya menghidupkan watak dengan penuh emosi, membuatkan penonton dapat menghayati cerita yang disampaikan. Antaranya babak dimana Fathul, iaitu adik bongsu kepada Faiz, meluahkan perasaan yang terpendam sepanjang menjaga orang-orang tuanya kerana beliau berasa tidak dihargai. Babak tersebut berjaya membetulkan pandangan ramai terhadap anak bongsu yang sering dianggap manja dan tiada tujuan hidup, sedangkan mereka juga bekerja keras untuk membanggakan orang-orang tua seperti adik beradik mereka yang lain.


Namun, dapat dilihat juga lakonan beberapa pelakon terasa kurang meyakinkan. Beberapa adegan terasa dipaksa dan kurang alami, menyebabkan emosi yang ingin disampaikan tidak tersampaikan dengan baik kepada penonton. Selain itu, chemistry antara beberapa pelakon juga kurang terasa, menyebabkan hubungan antara watak-watak terasa kurang kuat dan autentik. Sebagai contoh, lakonan watak Yap iaitu empunya kedai bakeri yang baru. Lakonan yang nampak kekok dan menunjukkan emosi yang melebih serta kurang mendalam.


LATAR FILEM

Doh berlatarkan pekan kecil di Ipoh, Perak sebagai latar tempat utama walaupun dialek kebanyakan watak di dalam filem tersebut tidak begitu pekat. Suasana tempat yang nampak tua dan lama menggambarkan peninggalan tradisi orang terdahulu. Kawasan yang tenang dan lama ini padan dengan konsep dan cerita yang dibawa oleh filem Doh ini. Latar memainkan peranan penting kerana ianya membawa persekitaran dan suasana bagi sesuatu lakonan yang bakal dijalankan. Jadi, kawasan di daerah Ipoh, Perak ini padan dengan cerita yang dibawa oleh filem Doh.


RANKING FILEM DOH

Doh pada pandangan kami ialah sebuah karya yang harus dinilai 4/5 ⭐⭐⭐⭐. Filem Doh ini menarik mempunyai mesej dan nilai tersendiri yang diselitkan untuk penonton. Sebagai contoh, nilai kekeluargaan yang kuat dan kukuh antara Faiz dan keluarganya. Terdapat plot dan jalan cerita mudah difahami. Jalan cerita filem ini menghiburkan dan boleh ditonton oleh semua lapisan generasi. Kami berpandangan bahawa filem ini boleh dijadikan “stepping stone” bagi penerbit tempatan untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu dalam jangka masa yang panjang.



DRAMA/FILEM  HOLLYWOOD



      GAMBAR 2

Judul Drama : Little Women 

Penerbit : Sony Pictures Releasing

Tahun Terbitan : 2019


SINOPSIS

Little Women (2019) ialah sebuah drama bersejarah Amerika yang ditulis dan diarahkan oleh Greta Gerwig. Drama ini diadaptasi dari sebuah novel pada tahun 1868 dengan tajuk yang sama, dimana ia ditulis oleh Louisa May Alcott. Drama ini menceritakan tentang kehidupan empat beradik perempuan dengan nama keluarga March,—Jo, Meg, Amy, dan Beth pada tahun 1800-an di Concord, Massachusetts, semasa dan selepas Perang Saudara. Bapa mereka pergi berkhidmat sebagai pendeta dalam tentera Union, meninggalkan mereka di rumah bersama ibu mereka, Marmee. 


Drama ini diceritakan dalam dua garis masa yang berbeza, iaitu antara zaman kanak-kanak adik-beradik March itu dan tujuh tahun kemudian apabila mereka telah menjadi dewasa. Semasa kanak-kanak, mereka semua sangat berimaginatif dimana mereka mempunyai keinginan dan cita-cita mereka yang tersendiri. Jo ialah seorang penulis yang bercita-cita tinggi untuk menerbitkan bukunya sendiri sambil menentang ekspetasi masyarakat terhadap wanita. Meg pula, yang merupakan anak sulung bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon sebelum berkahwin dengan seorang tutor, John Brooke. Selain itu, adik-beradik yang lain iaitu Amy sangat kesal dengan hubungan rapat Jo dengan jiran kaya mereka, Theodore "Laurie" Laurence, manakala Beth yang pemalu mempunyai jalan cerita hidup yang berbeza dan tragis dimana dia menjadi sakit akibat demam marak (scarlet fever).


Tujuh tahun kemudian, Jo berpindah ke New York City untuk meneruskan kerjaya penulisannya di bawah bimbingan En. Dashwood dan Profesor Bhaer. Amy pula mengembara ke Paris bersama makcik March mereka yang kaya, di mana dia telah bertemu dengan Laurie dan akhirnya mereka bertunang manakala Meg sudah berkahwin dan mempunyai anak. Penyakit Beth pula menjadi semakin teruk, menyebabkan Jo pulang ke rumah untuk bersama keluarganya.


Akhirnya, Jo March telah menolak idea perkahwinan itu bukan untuk dirinya dan dia melihat novelnya, “Little Women” yang sudah diterbitkan sebagai sebuah karya yang diinspirasikan daripada kehidupannya bersama adik-beradiknya yang lain.


LAKON LAYAR

Kami ingin memberikan kritikan positif terhadap lakon layar drama Little Women 2019. Greta Gerwig yang bertindak sebagai penulis skrip dan pengarah filem ini berjaya memberikan sentuhan berbeza dan mendalam kepada kisah klasik ini. Gerwig dianggap berjaya menambah makna konteks cerita ini, dimana beliau meringkaskan kisah Louisa May Alcott semasa dia menulis Little Women, dan menyediakan plot bolak-balik yang menjadikan maksud drama lebih tersampaikan. Kami sebagai penonton juga sangat menghargai penceritaan drama ini yang mengandungi penambahan percintaan dan jenaka yang sesuai yang dibawa oleh idea Gerwig. 


SKRIP

Kritikan tentang skrip drama Little Women 2019 adalah dalam bentuk positif kerana dialognya yang penuh dengan jenaka, dapat menyentuh hati kami sebagai penonton dan menonjolkan penerokaan sensitif terhadap motivasi dan impian adik-beradik Mac. Tambahan pula penggunaan ayat yang romantis saat keluarnya adegan-adegan manis dan penggunaan bahasa-bahasa yang tinggi mampu menarik lagi minat kami sebagai penonton yang meminati sastera dan ayat-ayat klasik Inggeris. Melalui skrip ini lah, drama ini menjadikannya sebagai sebuah adaptasi yang menarik dan penuh emosi bagi kisah abadi itu.


LAKONAN

Pelakon kesemuanya menyampaikan lakonan dan persembahan yang mantap dimana mereka benar-benar menghidupkan watak yang ada. Lakonan yang dibawa oleh Saoirse Ronan sebagai Jo March adalah sangat sempurna kerana dia telah berjaya membawa watak dengan menunjukkan semangat, cita-cita, dan keazaman yang ada dalam diri Jo March. Manakala lakonan Florence Pugh sebagai Amy menjadi dimana ia telah memberi satu pendedahan kepada penonton, menjadikan watak itu sering dibenci oleh pembaca pada waktu yang sama bersimpati akibat isu yang wujud antara dia dan kakaknya, Jo March. Emma Watson dan Eliza Scanlen pula bersinar sebagai Meg dan Beth, masing-masing menghidupkan keperibadian dan aspirasi yang tersendiri tentang adik-beradik itu.


LATAR DRAMA

Drama Little Women ini sangat teliti terhadap perincian dalam mencipta semula latar masa dimana ia adalah sesuatu yang mengagumkan penonton. Reka bentuk pengeluaran drama ini yang sempurna—dimana pihak produksi telah memfokuskan pada kostum yang direka khas dengan rumit ke kawasan New England—membawa penonton terus ke Concord abad ke-19, menyebabkan penonton seolah-olah boleh merasai sendiri pengalaman berada di zaman itu. Tambahan pula, sinematografi yang dikendali oleh Yorick Le Saux sangat cantik, dimana beliau telah merakam kemesraan dan keakraban dalam kehidupan keluarga Mac dan keindahan alam semula jadi di luar.


RANKING LITTLE WOMEN

Little Women, pada pandangan kami ialah sebuah karya yang harus dinilai 5/5 ⭐⭐⭐⭐⭐. Adaptasi oleh Gerwig adalah kejayaan dalam menghormati keaslian novel milik Alcott tetapi masih berjaya menyemainya dengan idea baru dan pandangan moden. Ia adalah drama yang meraikan talian persaudaraan yang tidak dapat dipisahkan, nilai dalam mengejar impian, dan semangat manusia.



DRAMA/FILEM ASIA


Gambar 3 

Judul Movie: Tenggelamnya Kapal Van DER Wijck 

Penerbit: Sunil Soraya

Tahun: 2013


Sinopsis 

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck" adalah sebuah film filem romantik Indonesia yang dikeluarkan pada tahun 2013, diterbit oleh Sunil Soraya. Film ini diadaptasi dari novel klasik karya Hamka dengan judul yang sama.

Cerita berfokus pada Zainuddin, seorang pemuda keturunan Minangkabau-Bugis yang pergi ke tanah Minangkabau untuk menuntut ilmu dan mencari jati diri. Di sana, dia bertemu dengan Hayati, seorang gadis Minangkabau yang cantik dan lembut. Mereka saling jatuh cinta, namun perbezaan status sosial dan adat istiadat yang ketat menjadi penghalang bagi hubungan mereka.

Zainuddin, yang dianggap tidak setara karena statusnya sebagai anak luar nikah, harus berjuang menghadapi berbagai rintangan, termasuk penolakan dari keluarga Hayati. Meski demikian, Zainuddin tetap berusaha keras untuk meraih impiannya dan membuktikan dirinya layak. Di sisi lain, Hayati dipaksa menikah dengan Aziz, seorang pemuda dari keluarga terpandang dan terhormat, meskipun hatinya masih terpaut pada Zainuddin.

Cerita ini semakin tragis ketika Hayati menumpang kapal Van der Wijck untuk sebuah perjalanan pulang ke kampung halamannya selepas ditinggalkan suaminya di rumah Zainuddin. Kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam, yang membawa pada puncak dari kisah cinta dan perjuangan Zainuddin dan Hayati.

Film ini menampilkan pemandangan indah dari Sumatera Barat serta menggambarkan adat dan budaya Minangkabau dengan teliti. Melalui kisahnya, "Tenggelamnya Kapal Van der Wijck" mengeksplorasi tema-tema cinta, pengorbanan, dan perjuangan melawan takdir serta norma sosial yang terbatas.


Kritikan dari segi lakon layar

Pengembangan Karakter:

Kedangkalan Karakter: 

Beberapa kritikan dari penonton merasakan bahwa karakter-karakter dalam film ini, terutama karakter utama seperti Zainuddin dan Hayati, kurang dikembangkan dengan baik. Motivasi dan kedalaman emosional mereka tidak terasa nyata atau mendalam, sehingga membuat penonton sukar untuk merasakan terhubung dengan filem tersebut.


Kritikan dari segi skrip

Dialog yang Kaku:

Kurang Penghayatan: Banyak dialog dalam film ini terasa kaku dan tidak nyata. Bahasa yang digunakan cenderung formal dan puitis, yang meskipun sesuai dengan latar zaman cerita, sering kali membuat percakapan terdengar tidak realistik dan mengurangkan keterhubungan emosional dengan penonton.


Eksposisi Berlebihan:

Penjelasan yang Terlalu Banyak: Film ini kadang-kadang terlalu menonjolkan dialog untuk menjelaskan latar belakang dan motivasi karakter. Hal ini boleh membuatkan pemahaman penonton terasa berat dan membosankan, hasil daripada persembahan pelakon melalui tindakan dan interaksi karakter.


Dialog Klise:

Kekurangan Kreativiti: Skrip ini menggunakan dialog yang klise dan terlalu sering ditemukan dalam genre melodrama. Ini boleh membuat cerita terasa kurang menarik dan tidak memberikan sesuatu yang baru bagi penonton.


Kritikan dari segi lakonan 

Kedalaman Emosional:

Ekspresi Emosi yang Terbatas: Beberapa pelakon, termasuk pelakon utama, kadang-kadang terlihat kurang mampu mengekspresikan penghayatan emosi yang kompleks. Ekspresi wajah dan gerakan tubuh sering kali terasa datar dan tidak mencerminkan perasaan yang diharapkan dari situasi yang dramatik.


“Chemistry” Antara Pelakon:

Kurangnya Keterhubungan: “Chemistry” antara Zainuddin (Herjunot Ali) dan Hayati (Pevita Pearce) kadang terasa kurang kuat. Meskipun mereka berusaha menampilkan cinta yang mendalam, hubungan mereka di layar sering kali terlihat kurang meyakinkan dan kurang mendalam, membuat penonton sulit untuk merasakan keterikatan emosi antara mereka.


Kaku dalam penampilan:

Kurang Dinamik: Beberapa penampilan terlihat kaku dan kurang dinamik, yang boleh membuatkan adegan-adegan tertentu terasa monoton. Hal ini boleh disebabkan oleh kurangnya penerokaan dan tambah baik dari para pelakon untuk membuat karakter mereka lebih hidup dan menonjol.


Kritikan dari segi latar

Latar Sejarah:

Kurangnya penelitian Sejarah: Film ini berlatar tahun 1930-an, namun beberapa penonton merasa bahwa sejarah dan budaya dari tempoh tersebut tidak sepenuhnya menunjukkan atau terperinci. Ini termasuk aspek-aspek seperti kostum, prop, dan adat istiadat yang mungkin kurang tepat dalam merefleksikan era tersebut.


Design Produksi:

Visual: Ada beberapa agenda di mana latar belakang terlihat kurang konsisten atau tidak sesuai dengan suasana keseluruhan. Misalnya, beberapa set dan prop mungkin tidak sepenuhnya mencerminkan lingkungan dan waktu yang diinginkan, yang boleh mengganggu pandangan penonton.


Penggunaan CGI dan Efek Visual:

Kualiti CGI yang Kurang Memadai: Agenda tenggelamnya kapal Van der Wijck menggunakan efek visual yang dinilai kurang realistik dan tampak tidak mulus. Kualiti CGI yang rendah dapat mengurangi kesan dramatik dan kehebatan adegan tersebut.


Atmosfera dan Suasana:

Kurangnya Atmosfera yang autentik: Atmosfera dan suasana dalam beberapa adegan terasa kurang autentik atau terlalu artifiskal. Penggunaan pencahayaan dan tata letak set terkadang tidak menciptakan nuansa yang tepat sesuai dengan cerita yang disampaikan.


Rekonstruksi Budaya dan Adat:

Persembahan Budaya yang Kurang Mendalam: Meskipun film ini mencoba menggambarkan budaya Minangkabau, ada kritikan bahwa representasi tersebut kurang mendalam dan kadang-kadang hanya bersifat permukaan. Ritual dan adat istiadat yang ditampilkan tidak selalu diberi penjelasan yang cukup, sehingga penonton mungkin kesulitan untuk benar-benar memahami konteks budaya tersebut.


Ranking Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 


Penilaian: 3,5 dari 5 bintang

Alasan Penilaian:

Cerita dan Adaptasi:


Kelebihan: Cerita yang diadaptasi dari novel klasik Hamka memiliki dasar yang kuat dan kaya akan nilai budaya serta sejarah. Ini memberikan fondasi yang kokoh bagi film.

Kekurangan: Namun, adaptasi ini tidak sepenuhnya setia pada sumber aslinya, dan beberapa perubahan dalam alur cerita mungkin tidak memuaskan bagi penggemar novel.



2. Tugasan Berkumpulan 2 (Buku Foto)

https://heyzine.com/flip-book/060a82685e.html



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PROJEK AKHIR KEWARTAWANAN (B) SEMESTER 3

SAMBUTAN PESKON UUM SINTOK, KEDAH