SAMBUTAN PESKON UUM SINTOK, KEDAH

 Pesta Konvokesyen Universiti Utara Malaysia kali ke-34

Hiburan UUM

5 November, 2022 14:30 MYT

Poster rasmi Pesta Konvokesyen ke-34 yang diuar-uarkan melalui laman sosial rasmi peskonuum di aplikasi Instagram 

SINTOK, KEDAH - Sudah menjadi sebuah acara rasmi di setiap universiti awam di negara Malaysia untuk mengadakan pesta konvokesyen yang julung-julung kalinya diraikan bersempena dengan majlis konvokesyen para graduan-graduan yang telah berjaya menghabiskan pengajian setelah bertahun-tahun menuntut ilmu. Universiti Utara Malaysia merupakan salah sebuah universiti awam yang turut meraikan para graduan dengan pesta sebegini.

    Bagi pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia, pesta ini selalunya diadakan di Tapak Padang Kawad, iaitu berdekatan dengan Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Acara besar-besaran ini telah dihadiri dan dikunjungi oleh setiap lapisan masyarakat, antaranya pelajar, staff, para graduan, malah orang ramai dari luar juga turut memeriahkan lagi pesta ini.

    Pesta konvekesyen kali ke-34 yang diadakan pada 3 November sehingga 11 November ini dimeriahkan lagi dengan barisan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis makanan. Antara makanaana yang menarik perhatian adalah cendol kala-kala. Menurut pemilik gerai ini, yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Ina berkata, cendol kala-kala ini merupakan menu utama yang dijual di booth makanan beliau.

    "Menu utama yang kami jual adalah cendol kala-kala dimana minuman ini merupakan resipi turun temurun dari mak kami sendiri dan kami merupakan penerus generasi beliau." 

    Di samping itu, gerai Kak Ina juga ada menjual juadah lain seperti laksa, nasi goreng kampung dan juga nasi goreng ikan masin. Menu-menu yang sedemikian lah yang menarik perhatian pengunjung untuk singgah dan membeli makanan-makanan di gerai beliau.

     Bahkan bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai permainan yang pelajar boleh sertai, antaranya paint-ball,liga bola sepak piala peskon, harry potter run, wix haunted manor dan sebagainya. 

    Bagi Fatihah, 20 tahun, iaitu merupakan seorang pengunjung yang juga merupakan seorang pelajar semester 1 di Universiti Utara Malaysia ini, pesta ini sangat menyeronokkan kerana banyak aktiviti yang menarik telah dianjurkan. Antara aktiviti yang mendapat sambutan ramai adalah nyanyian daripada artis-artis terkenal tanah air seperti Amir Masdi, Meer Nash, persembahan kumpulan dan individu dari inasis - inasis dan banyak lagi.

Temu bual yang dilakukan oleh salah seorang ahli kumpulan

    “Pesta konvo ini banyak menarik perhatian saya kerana aktiviti-aktiviti dia yang seronok yang membolehkan saya menikmati masa lapang saya di sini,” katanya.

    Pesta konvokesyen ini dijalankan bermula 3 November sehingga 11 November. Dengan tempoh masa ini, orang ramai membanjiri tapak pesta tersebut selain membolehkan para graduan mendapat peluang untuk menemui rakan-rakan seperjuangan mereka semasa menuntut sebelum mereka sama-sama membawa haluan masing-masing di alam pekerjaan.



    Pada hari terakhir pesta konvokesyen ini pula, Ratu Rock Negara, Ella telah datang membuat persembahan di pentas utama. Ella telah berjaya menggegarkan pentas pesta konvokesyen dengan nyanyian beliau yang mantap.










Comments

Popular posts from this blog

PROJEK AKHIR KEWARTAWANAN (B) SEMESTER 3