TUGASAN VTME1011 KEWARTAWANAN I (JOURNALISM) : BERITA HIBURAN (KUMPULAN 2)

  

 

PUSAT KO KURIKULUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER PERTAMA SESI 2022/2023 (A221)

 

VTME1011 KEWARTAWANAN I (JOURNALISM I)

 


NAMA JURULATIH:

 

DR. MAIZATUL AZURA YAHYA


NAMA KUMPULAN: KUMPULAN 2 (BERITA HIBURAN)

 

 

 

 

Bil

No. Matrik

Nama Pelajar

No. Telefon

Bilangan dalam senarai kedatangan

1

292135

NAZAITUL AKMA BINTI ABDUL RAZAK

016-5890452

 

2

292817

NURAFIFAH NABILAH BINTI ADZMI

011-39639811

 

3

295952

IRDINA WONG DANIELLE

018-3722676

 

4

295618

SITI NUR JANNAH BINTI MOHD ZULKIFLI

012-9420985

 

5

295407

NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI ISMAIL

017-6796762

 

6

295382

SITI NUR AISYAH IZZATI BINTI AZALIMAN

013-7376553

 

 

* Penama pertama ialah ketua kumpulan


PENULISAN PENUH KERJA KULIAH KUMPULAN 2 

TAJUK : BERITA HIBURAN


1.0 PENGENALAN

Secara sosiologinya, berita ialah segala sesuatu yang berlaku di dunia. Dalam gambaran yang mudah, seperti yang digambarkan oleh pakar kewartawanan, berita ialah apa-apa jua jenis maklumat yang ditulis oleh akhbar. Namun begitu, dunia pada masa kini semakin maju dan bergerak ke hadapan sejajar dengan visi dan misi negara masing-masing. Berikutan itu, teknologi dalam aspek media massa juga turut mengalami perubahan dimana sekarang berita boleh diakses dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Di samping itu, kini berita juga tidak tertumpu dalam bentuk penulisan seperti zaman dahulu kala sahaja, malah ada juga dalam bentuk penyiaran di kaca televisyen mahupun penyampaian di seluruh corong-corong radio.

Menurut kamus, berita merupakan apa-apa jenis maklumat baru atau maklumat hal semasa yang disampaikan melalui percetakan, Internet, penyiaran atau secara lisan kepada parti ketiga atau orang ramai. Penyampaian secara lisan dahulunya cuma secara berhadapan, tetapi kini turut memasukkan perbualan telefon, SMS, dialog web dan sebagainya. Selain itu, di dalam sebuah buku bertajuk Here’s The News yang dihimpun oleh Paul De Maeseneer, berita itu didefinisikan sebagai informasi baru tentang kejadian yang baru, penting, bermakna (signifikan), yang berpengaruh pada para pendengarnya serta relevan dan layak dinikmati oleh mereka.

Tambahan pula, definisi atau maksud lain bagi berita menurut Doug Newson dan James A. Wollert dalam Media Writing : News for the Mass Media (1985:11) ada mengemukakan dalam definisi yang sederhana iaitu, berita itu adalah apa saja yang ingin dan perlu diketahui orang atau lebih luas lagi oleh masyarakat (dalam Sumadiria, 2005:64). 

Menurut M. Lyle Spencer, dalam buku News Writing ada menyebutkan, berita ialah fakta atau idea yang benar dan boleh menarik perhatian kebanyakkan pembaca manakala menurut Williard C. Bleyer dalam buku Newspaper Writing and Editing berpendapat bahawa, berita ialah sesuatu yang dipilih oleh wartawan untuk disiarkan di akhbar kerana ia boleh menarik minat atau memberi makna kepada pembaca akhbar atau kerana ia dapat menarik minat pembaca membaca berita.  

Maksud hiburan pula, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat adalah suatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. Sekiranya kita melihat kepada negara kita iaitu Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Oleh itu, ramai masyarakat kini cenderung untuk mengetahui hal-hal hiburan yang sedia ada di media sosial menyebabkan wujudnya berita hiburan sebagai salah satu medium untuk mereka mengetahui cerita terkini.

Setelah merujuk kepada beberapa definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa berita hiburan merupakan maklumat baru atau maklumat hal semasa tidak kira ianya dalam bentuk penulisan ataupun penyiaran dimana berita-berita tersebut hanya berfokuskan kepada perkara-perkara hiburan sahaja. Bagi mudah fahamnya, berita hiburan adalah bentuk maklumat atau info yang berfokus kepada perkara hiburan sahaja. Bentuk umum berita hiburan termasuklah kritikan televisyen atau filem, permainan video mahupun liputan selebriti. Kemunculan Internet pada masa kini membolehkan banyak penggemar berita hiburan mencari maklumat tentang hiburan yang mereka suka sekaligus memberi peluang kepada warwatan hiburan amatur dan separa profesional memulakan blog mereka sendiri yang berkaitan dengan hiburan. 


2.0 KUALITI UTAMA WARTAWAN HIBURAN

 

Kecekapan seseorang wartawan termasuk wartawan hiburan dapat dibuktikan melalui kualiti-kualiti tertentu yang dimiliki. Walaupun kandungan berita yang dilaporkan oleh wartawan hiburan adalah ringan dan ringkas, seseorang wartawan hiburan tidak lari daripada menunaikan kualiti-kualiti tersebut. Antara kualiti utama adalah dia mestilah mendukung etika kewartawanan dengan melaporkan maklumat yang tepat tanpa membuat sebarang modifikasi. Tugas seseorang wartawan adalah melaporkan maklumat yang diperolehi, tidak wajar bagi dia untuk menokok tambah demi mengejarkan perhatian pembaca-pembaca. Perbuatan ini boleh membawa kesan buruk apabila berita yang dilaporkan itu boleh membawa fitnah. Sebagai contoh, seseorang wartawan ingin melaporkan seorang wanita dan seorang lelaki yang merupakan pelakon-pelakon tersohor di Malaysia dilihat makan bersama di sebuah restoran.


Wartawan tersebut mestilah melaporkan seperti yang dilihat, bukan menokok tambah seperti mengatakan mereka turut sering berdua-duaan di rumah pelakon lelaki tersebut. Dengan berbuat demikian, tercemarlah imej seseorang wartawan tersebut yang boleh menyebabkan dia dibuang kerja. Seterusnya, seseorang wartawan mestilah memperolah maklumat dengan cara yang wajar seperti membuat temujanji untuk sesi tembual, meminta izin sebelum mengambil gambar untuk dilampirkan dalam berita dan merahsiakan identiti pemberi sumber maklumat. Etika ini penting untuk menunjukkan profesionalisme seseorang wartawan serta membawa penghormatan terhadap bidang kewartawanan hiburan.


Seseorang wartawan hiburan turut mestilah mengelakkan menulis berita yang boleh mencetuskan perkauman dan bertentangan dengan nilai moral masyarakat seperti mengetawakan warna kulit seseorang dan menyambut aksi bogel di jalanan. Perbuatan ini boleh menyebabkan pembaca meluat dan menolak berita dari wartawan tersebut. Akhir sekali, seseorang wartawan mempunyai kewajipan untuk memahami dan mengikuti undang-undang bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang seperti saman fitnah. Kesimpulannya, etika-etika yang disebut adalah signifikan untuk diamalkan bagi seseorang wartawan hiburan untuk membuktikan kredibiliti.


Seterusnya, seseorang wartawan hiburan mestilah menguasai tahap kemahiran penulisan yang cemerlang. Dia mestilah mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gaya penulisan yang mudah dibaca dan difahami dengan mengelakkan penggunaan perkataan bombastik dan struktur ayat yang panjang serta kompleks. Seseorang wartawan digalakkan berhati-hati apabila menulis draf untuk berita kerana dia harus mempertimbangkan tahap pemahaman pembaca yang terdiri daripada pelbagai golongan usia dan kelas sosial. Sekiranya gaya penulisan berita itu sukar dibaca dan difahami, nescaya boleh menghilangkan minat pembaca terutamanya pembaca baru. Gaya penulisan tersebut juga hendaklah kreatif dan menarik terutamanya bagi wartawan hiburan seperti menulis tajuk utama yang mampu menarik perhatian pembaca untuk membaca segmen tersebut. Pembaca turut boleh berasa seronok apabila membaca berita. Juga, kandungan penulisan yang jelas adalah penting agar dapat maklumat berkenaan suatu isu atau situasi dapat disampaikan kepada pembaca tanpa kekeliruan atau keraguan.


Kesimpulannya, seseorang wartawan hiburan wajib mempunyai tahap kemahiran penulisan yang cemerlang supaya dapat menghasilkan berita berkualiti yang boleh dijadikan pilihan utama pembaca. Selain itu, seseorang wartawan hiburan sepatutnya memiliki kebolehan berkomunikasi dengan orang dari pelbagai bidang seperti pelakon, penyanyi, pengacara, jurugambar, penerbit akhbar, penyampai radio dan wartawan hiburan dari syarikat lain. Kebolehan ini boleh dimiliki dengan adanya personaliti yang peramah dan mudah didekati untuk mendapatkan ramai kenalan. Kualiti ini amat diperlukan bagi seseorang wartawan hiburan untuk membina imej yang baik dalam dunia hiburan. Tempoh hayat kerjaya wartawan tersebut turut dijamin kerana dia disenangi dan dipercayai ramai.

 

Secara tidak langsungnya dia boleh menjadi seseorang yang penting dalam dunia hiburan apabila dia sentiasa diingati dan diharapkan berkenaan tugasnya. Ini dapat dibuktikan apabila personaliti seseorang wartawan hiburan tersebut dapat membuat orang yang ditemubual merasa selesa dan yakin bersamanya tanpa perasaan janggal dan gementar. Hasilnya, wartawan tersebut dapat menghasilkan berita yang bermutu dengan mudah. Seseorang wartawan hiburan juga boleh mendapat manfaat kerana berpeluang besar mendapat maklumat yang sukar didapati melalui kenalannya. Oleh itu, seseorang wartawan hendaklah tidak mengambil mudah dalam usaha untuk mengasah kebolehan berkomunikasi kerana ia membawa impak dalam kerjaya.

 

Akhir sekali, antara kualiti utama yang harus dimiliki seseorang wartawan hiburan adalah dia mestilah arif dalam penggunaan media sosial. Kualiti ini tidak boleh dikecualikan kerana media sosial memainkan peranan besar dalam penyebaran berita atas talian pada era ini. Kebanyakan pembaca berita mendapatkan akses kepada berita melalui Internet, dan bukan surat khabar seperti zaman dulu. Oleh yang sedemikian, wartawan hiburan dipertanggungjawabkan untuk menulis dan menyebarkan berita kepada umum secara atas talian melalui aplikasi seperti Facebook dan Twitter. Bukan itu sahaja, penggunaan media sosial turut membantu seseorang wartawan hiburan untuk mengkaji jenis kandungan berita yang diminati pembaca melalui kadar ‘click’ dan interaksi pembaca terhadap suatu berita. Ini membolehkan seseorang wartawan hiburan supaya komited mencari kandungan berita hangat untuk memuaskan pembaca-pembaca. Penggunaan media sosial turut membantu seseorang wartawan hiburan supaya menghubungi orang untuk ditemubual dengan mudah. 


Kini, wartawan boleh menghubungi melalui “direct message” tanpa perlu mengikuti formaliti dengan menghantar emel. Temubual turut boleh dijalankan melalui media sosial tanpa perlu bersua secara fizikal. Dengan ini, temubual dapat dilaksanakan dengan efisien terutamanya orang yang ingin ditemuduga itu berada berjauhan dari wartawan.

 

Oleh itu, amat signifikan bagi seseorang wartawan hiburan untuk arif dalam penggunaan media sosial untuk mengikuti peredaran zaman yang akhirnya memanfaatkan dia juga. Natijahnya, bukan sesiapa sahaja yang mampu dan layak menjadi seorang wartawan hiburan. Wartawan hiburan juga merupakan suatu pekerjaaan professional seperti wartawan politik dan sukan. Untuk menjadi seorang wartawan hiburan yang berjaya, seseorang itu mestilah berusaha memenuhi kesemua kualiti yang diperlukan.


3.0 KAEDAH PENULISAN BERITA HIBURAN

Menulis berita ialah usaha untuk menyampaikan maklumat atau berita tentang sesuatu peristiwa atau perkara dalam bentuk bertulis. Seorang penulis berita yang baik boleh menulis cerita yang lengkap dan komunikatif. Hal ini bertujuan supaya pembaca berita dapat memahami setiap apa yang disampaikan dalam berita tanpa halangan dan tanpa ada salah tafsir. Seorang penulis berita akan memilih peristiwa mana yang layak menjadi berita. Ia bertujuan agar apa yang ditulis benar-benar berguna untuk masyarakat dan pembaca berita. Tambahan pula, semestinya dalam menulis berita, anda boleh memilih berita yang boleh menambah wawasan dan pengetahuan. Namun, tidak semua peristiwa atau kejadian layak untuk dijadikan berita. Dalam menulis berita, perkara yang perlu diberi perhatian oleh penulis berita ialah cara menulis berita yang baik, menarik, dan mengikut peraturan.

Berikut adalah cara menulis berita:

3.1  Mencari Peristiwa Atau Kejadian Untuk Dijadikan Berita

Berita mengandungi peristiwa dan kejadian yang sebenarnya adalah penting untuk disebarkan, contohnya; peristiwa atau kejadian kebakaran, bencana alam dan kejadian mengejut lain yang menarik perhatian orang ramai. Jika tiada peristiwa atau kejadian, perlu mencari aktiviti-aktiviti ataupun kejadian yang unik dalam kalangan masyarakat seperti perdana menteri pergi melawat ke kawasan orang gelangdangan di pinggir bandar.

3.2 Mencari Sumber Berita

Jika peristiwa atau kejadian untuk dijadikan berita telah ditemui, maka penulis berita perlu cari sumber maklumat yang betul agar kandungan berita itu tepat. Sebagai contoh, berita tentang kecurian, rompakan, kemalangan dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat, anda perlu adakan sesi temu bual dengan pegawai polis berkaitan, saksi atau penduduk setempat. 


3.3 Temu bual, Pemerhatian dan Dokumentasi

Temu bual dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai peristiwa atau kejadian yang berlak, data mangsa, tempat kejadian dan proses kejadian. Temu bual yang dijalankan adalah melalui soal jawab dengan sumber maklumat. Seterusnya adalah pemerhatian pula dilakukan dengan memerhati gejala yang muncul di tempat kejadian. Manakala dokumentasi pula dilakukan dengan mencari dan mengumpul data yang bersumberkan buku atau dokumen lain.

 

3.4 Merekod Perkara 

Ketika dalam proses pencarian maklumat, anda perlulah merekodkan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan berita yang hendak ditulis. Dalam merekod penulisan berita, anda boleh berpandukan soalan 5W1H iaitu:

 

i. What: Peristiwa apa yang berlaku.

ii. Who: Siapa yang terlibat dalam peristiwa atau kejadian.

iii. Where: Tempat kejadian berlaku.

iv. When: Bilakah peristiwa atau kejadian berlaku.

v. Why: Mengapa peristiwa itu berlaku.

vi. How: Bagaimana proses berlakunya peristiwa.

 

3.5 Mencipta Rangka Kerja Berita

Rangka kerja berita adalah huraian kasar bagaimana maklumat yang telah dikumpul akan dimasukkan dalam laporan berita. Berita terdiri daripada 3 unsur iaitu:

i. Tajuk 

ii. Teras 

iii. Huraian berita 


Model berita bertulis juga boleh dalam bentuk berita langsung yang memaparkan unsur 5W+1H pada permulaan perenggan (biasanya pada perenggan pertama dan kedua). Berita tidak langsung pula memaparkan unsur 5W+1H di tengah hingga akhir perenggan. 

3.6 Menulis Teras Berita 

Teras berita ialah perenggan pertama sesuatu berita. Cerita berita perlu diringkaskan dan harus dimulakan dengan elemen who (siapa) dan what (apa). Berita tentang peristiwa atau peristiwa yang akan berlaku pula, masa dan tempat biasanya diletakkan di hujung perenggan. Teras berita akan menggunakan sedikit petikan atau soalan yang mungkin ada dalam tajuk berita.


3.7 Menulis Kandungan Berita 

Kandungan berita ialah maklumat terperinci yang hendak disampaikan dalam sesebuah berita. Kandungan berita perlu ditulis selepas teras berita. Penulisan kandungan berita hendaklah disusun dalam perenggan pendek yang mengandungi tiga hingga lima ayat. Penulis berita perlu cuba pastikan setiap perenggan mengandungi satu idea sahaja. Perenggan pendek yang mengandungi sati idea sahaja akan menggalakkan pembaca untuk terus membaca dan memudahkan pembaca untuk mengimbas semula. 

 

3.8 Penyuntingan Berita 

Penyuntingan berita ini dilakukan untuk mengelakkan kesilapan penulisan maklumat seperti ejaan (nama, lokasi dan lain-lain), tatabahasa, makna ayat, perbezaan antara pendapat dan fakta. Tambahan lagi, dalam menulis berita yang akan diterbitkan, anda juga perlu memberi perhatian agar tidak melanggar kod etika kewartawanan.

 

Selepas membuat semakan, anda hendaklah membaca semula berita yang dibuat, kemudian menyemak semula, membacanya lagi dan menyemaknya lagi dan lagi sehingga anda benar-benar yakin bahawa berita yang ditulis tidak mempunyai sebarang kesilapan. 


3.9 Tidak Mengandungi Fitnah, Hasutan dan Pembohongan

Kandungan berita yang diterbitkan mestilah memberi manfaat dan perlindungan kepada masyarakat umum. Tambahan lagi, dalam menulis berita, anda dilarang memuatkan hal-hal yang bersifat fitnah, hasutan, menyesatkan dan mengandungi kebohongan. Selain itu, dalam penulisan dan penerbitan berita perlulah berhati-hati agar kandungan berita tidak merugikan dan memberi kesan negatif kepada masyarakat. 

 

3.10 Tidak Menunjukkan Unsur Keganasan, Seksualiti, Perjudian dan Penyalahgunaan Dadah

Berita dicipta dan disiarkan kepada orang ramai adalah untuk mempertimbangkan sebarang kemungkinan ketidakselesaan orang ramai, memberi perhatian kepada privasi, dan mengklasifikasikan siaran untuk manfaat kanak-kanak. Atas sebab ini, ia juga dikawal selia bahawa dalam pengeluaran dan penyiarannya, sekatan akan dikenakan ke atas unsur-unsur yang berkaitan dengan kandungan seksual, keganasan, narkotik dan seumpamanya, dan perjudian dan lain-lain.

 

3.11 Tidak Bercanggah dengan Etnik, Agama, Bangsa atau Kelas

Penulisan berita diperlukan untuk menghormati perbezaan etnik, agama, bangsa dan kelas. Ianya sama ada kumpulan-kumpulan berdasarkan perbezaan budaya, umur, jantina dan sosio-ekonomi.

Oleh itu, bagi merealisasikan penghormatan, penulisan berita dilarang mengandungi kandungan yang menghina, bercanggah atau menghina etnik, agama, kaum dan kumpulan tertentu. Walaupun menyiarkan berita tentang peristiwa konflik, penulis berita dikehendaki untuk mengekalkan kebebasan dan berkecuali.

 

3.12 Jangan Merendahkan Nilai-nilai yang Berlaku Dalam Masyarakat

Berita dicipta dan disiarkan kepada orang ramai untuk mengambil kira kemungkinan timbulnya ketidakselesaan orang ramai. Oleh itu, dalam penulisan berita yang akan disiarkan kepada khalayak perlu menunjukkan penghormatan terhadap nilai dan norma dan kesopanan yang berlaku dalam masyarakat. Penulis berita mesti menghormati perbezaan nilai yang wujud dalam berita yang mereka hasilkan.


3.13 Tatabahasa dan Kosa Kata

Dalam penyusunan ayat, gunakan tatabahasa yang sesuai dengan bahasa Malaysia. Gunakan kata ganti nama diri ketiga semasa menerangkan peristiwa. Serta dalam menyusun ayat berita adalah lebih baik menggunakan ayat aktif daripada ayat pasif.

 

3.14 Tanda Baca dan Struktur Ayat

Tanda baca diperlukan untuk membuat potongan ayat. Pastikan anda meletakkan tanda baca dengan betul, yang sesuai dengan peraturan bahasa Malaysia dan tidak merosakkan makna ayat. Sebolehnya elakkan ayat yang panjang (maksimum 16 patah perkataan) kerana ayat pendek lebih mudah difahami dan lebih mudah dibaca oleh pembaca berbanding ayat panjang.

 

3.15 Petikan dan Atribusi

Petikan diperlukan untuk mengukuhkan, mengesahkan atau memberikan fakta dalam berita bertulis, manakala atribusi diperlukan dalam berita pendapat.


4.0 CONTOH BERITA HIBURAN

 







LAPORAN YANG DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN

KUALA LUMPUR : Panggung Sari, Istana Budaya telah dihangatkan oleh sentuhan kumpulan rock legenda terkenal tanah air iaitu kumpulan Search. Kumpulan Search yang telah berjaya melakar sejarah unggul dalam industri muzik tempatan dengan mencipta lagu- lagu yang masih menjadi siulan remaja masa kini. Siapa tidak kenal lagu - lagu seperti  “Fantasia Bulan Madu”, “Isabella”.

Meskipun usia Search sudah menjangkau 40 tahun namun lontaran suara vokalisnya, Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search masih mampu memukau peminat tegarnya. Orang ramai telah berpusu- pusu datang untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan persembahan hebat kumpulan Search.

Tema ‘Rock On 40’ telah dipilih bagi memberi penghormatan buat pemuzik genre itu yang telah berjuang puluhan tahun dalam mewarnai industri hiburan tanah air.

Bagi menjayakan konsert yang berprestij ini, barisan pemuzik otainya yang terdiri daripada Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal yang beraksi sejak penganjuran Konsert Endemik.

Suasana cukup meriah dengan sorakan orang ramai yang datang memeriahkan acara ini. Rata-rata mereka merupakan peminat tegar Kumpulan Search. Menurut mereka acara ini merupakan acara yang wajib mereka sertai kerana telah mengamit kenangan lama mereka dengan Kumpulan Search.

 Para pengunjung yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang dibawa oleh Kumpulan Search ini. Ada yang sanggup datang dari jauh dan berkampungan di sini semata- mata untuk menyaksikan acara ini.

5.0 KESIMPULAN

Pada saat ini, kita sudah sedia maklum bahawa setiap berita yang disampaikan mempunyai ciri-ciri khas yang tertentu dan berbeza mengikut topik yang perlu diperbahaskan. Ini juga mengambil kira tentang sejauh mana objektif sesuatu penyampaian berita dapat dicapai dan difahami oleh pembacanya sendiri. Dapat disimpulkan bahawa berita hiburan merupakan maklumat yang ditunggu-tunggu oleh setiap lapisan masyarakat  kerana cirinya yang tersendiri iaitu tidak bersifat terlalu kompleks dan mudah dihadam oleh seseorang individu. Berita hiburan mudah mendapat tempat di hati masyarakat kerana berita ini mengutamakan maklumat berkaitan golongan penghibur yang diminati oleh pembaca. Ia berfokus kepada berita sensasi,konflik,pencapaian artis dan maklumat berkaitan golongan penghibur turut menjadi perkara yang dinanti-nanti oleh pembaca.Walau bagaimanapun, berita hiburan tetap mempunyai kelemahannya sendiri kerana setiap berita yang disampaikan kadang kala mampu menjadi punca utama kepada kontroversi dalam kalangan penghibur dalam dunia hiburan. Maklumat yang semakin mudah disebarkan menyebabkan data peribadi mereka turut diseleweng. Oleh disebabkan itu, untuk menulis berita hiburan yang baik penulis perlulah mengetengahkan isu positif berbanding isu negatif dalam dunia hiburan tanah air dan sebagai seorang pembaca yang cakna dengan perkembangan kita juga perlulah pandai menilai sendiri setiap perkara baik dan buruk yang terdapat dalam sesuatu penyampaian berita yang telah kita baca. Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa setiap penyampaian berita mempunyai motifnya yang tersendiri, oleh itu setiap individu diberikan pilihan untuk memilih berita yang bersesuaian dengan kecenderungan dan minat mereka yang tersendiri. 


GOOGLE DRIVE SLIDE DAN VIDEO PRESENTATION

https://drive.google.com/drive/folders/1MwGaQY9KbDEjDRDHp__UrxqHHgBuGSNv


Comments

Popular posts from this blog

PROJEK AKHIR KEWARTAWANAN (B) SEMESTER 3

SAMBUTAN PESKON UUM SINTOK, KEDAH