TUGASAN JOURNALISM II (B) A222 KUMPULAN HIBURAN

TUGASAN JOURNALISM II (B) A222

KUMPULAN HIBURAN


PUSAT KOKURIKULUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Semester Kedua Sesi 2022/2023 (A221)

 

VTME1021 KEWARTAWANAN II (JOURNALISM II)

Nama Kumpulan: KUMPULAN HIBURAN

JURULATIH:

DR. MAIZATUL AZURA YAHYA

 

Tajuk : E - MAGAZINE TEMA KEKELUARGAAN

  

Bil.

No. Matrik 

Nama 

No. Telefon

Bilangan Dalam Senarai Kedatangan

*1.

 292135

NAZAITUL AKMA BINTI ABDUL RAZAK

 016-5890452

 

2.

 292817

NURAFIFAH NABILAH BINTI ADZMI

011-39639811

 

3.

 295382

SITI NUR AISYAH IZZATI BINTI AZALIMAN

013-7376553

 

4.

 295407

NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI BINTI ISMAIL

017-6796762

 

5.

 295618

SITI NUR JANNAH BINTI MOHD ZULKIFLI

 012-9420985

 

6.

 295952

IRDINA WONG DANIELLE

 018-3722676




TUGASAN 1 : SLIDE PEMBENTANGAN BERKAITAN SILIBUS (PENDULU/LEADS)

https://drive.google.com/drive/folders/18ztCVeSFvhC5hhxPZgx2u2mbDi1H37kX?usp=drive_link


TUGASAN 2 : E - MAGAZINE (TEMA KEKELUARGAAN)

https://flipbookpdf.net/web/site/2553bb54ddfe9eeb4a573ded4d769c034be76a2a202308.pdf.html



TUGASAN 3 : PENULISAN ARTIKEL SHORT FILM (SEPAYUNG DAN RETALIATION)

Melalui dua filem pendek ini, masing-masing mempunyai pendekatan dan isu-isu yang ingin diketengahkan kepada masyarakat. Kedua filem pendek ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Melalui pandangan dari sudut moral ataupun nilai murni, filem pendek bertajuk “Sepayung” ingin menekankan nilai murni hormat menghormati. Hal ini kerana Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum antaranya, Melayu, Cina dan India. Oleh itu, masing-masing haruslah saling menghormati dan menjaga adab kerana setiap bangsa mempunyai kepercayaan yang berbeza.

Selain itu, filem pendek yang bertajuk Sepayung di aplikasi Youtube memaparkan seorang ‘food rider’ yang beragama Islam menolak satu pesanan daripada seorang lelaki berbangsa Cina kerana makanan yang dipesan mengandungi haiwan yang diharamkan dalam Islam. Lelaki Cina tersebut masih berkeras mahu lelaki Melayu itu mengambil pesanannya dan tidak diberikan kepada ‘food rider’ lain. Di sini, dapat disimpulkan bahawa lelaki Cina itu tidak mempunyai nilai hormat-menghormati dalam diri kerana tidak memahami agama masyarakat lain. Oleh itu, nilai tersebut haruslah dipupuk dalam diri masing-masing agar dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan tiada persengketaan.

Seterusnya, filem ini juga ingin mengetengahkan nilai saling membantu dan tolong-menolong sesame manusia. Dalam filem pendek “Sepayung”, dapat dilihat pada akhir-akhir filem, ketiga-ketiga watak saling membantu antara satu sama lain. Hal ini boleh dibuktikan dengan satu babak dimana ada dua orang perompak ingin mencuri motor ‘food rider’ tersebut ketika dia ingin mengisi minyak di sebuah stesen minyak. Kebetulan lelaki Cina yang pernah membuat pesanan khidmat ‘food rider’ tersebut ada di tempat kejadian perasan akan kejadian tersebut dan menghalang jenayah tersebut daripada terjadi. Selain itu, lelaki Cina itu mempelawa wanita India itu untuk naik bersamanya kerana ketika itu hari mahu hujan. Melalui babak-babak ini, dapat disimpulkan bahawa akhirnya walaupun berlaku pertelingkahan, namun disebabkan nilai moral iaitu saling membantu dan tolong-menolong, kedamaian dapat dicapai sebagai sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum.

Manakala filem pendek bertajuk “Retaliation” pula ingin mengetengahkan nilai  rasional dalam diri seseorang. Filem pendek tersebut menunjukkan kepentingan seseorang, terutamanya bagi seorang pelajar dalam membuat keputusan dengan rasional. Contohnya, mengelakkan diri sendiri daripada terlibat dalam aktiviti haram seperti mengunjungi kelab malam dan mengambil dadah. Ia memberi pengajaran kepada penonton supaya menjaga maruah diri. Melalui filem pendek ini juga,kita dapat mendalami nilai  bertanggungjawab . Filem pendek tersebut secara tidak langsung memberi pesanan kepada penonton supaya menjadi individu berhemah tinggi iaitu mengenali dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Contohnya, seorang pelajar SPM mestilah mengutamakan pelajaran dengan meninggalkan urusan yang melalaikan. Dan akhir sekali adalah nilai hormat-menghormati. Filem pendek tersebut memaparkan babak buli di sekolah, di mana seorang pelajar diherdik sehingga mengalami gangguan mental. Akibatnya, pembuli tersebut dipulau oleh rakan-rakan sekelas. Babak ini mengajarkan penonton supaya sentiasa menunjuk hormat terhadap semua orang termasuk rakan-rakan dan guru sekolah tanpa mengira umur dan darjat. Kita turut dipandang hormat apabila kita menghormati orang lain.

Seterusnya kami akan meneruskan rencana dengan memberikan perspektif dan kritikan terhadap kedua-dua filem pendek yang telah dibedah bersama. Kumpulan kami mendapati bahawa kedua-dua filem pendek ini menunjukkan tentang sikap generasi kini yang kurang ilmu pengetahuan mengenai perkara yang mana baik ataupun buruk. Generasi kini perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari filem ini agar diri tidak melakukan kesalahan dan terus berbuat kebaikan sama ada pada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara bangsa. Kami juga merasakan bahawa kedua-dua filem pendek ini juga turut  memaparkan tentang sikap anak muda yang tidak beradab terhadap orang tua dan tidak mendengar nasihat. Anak muda perlu mengambil pengajaran dari filem ini supaya tidak menyesal di kemudian hari bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, terdapat perlbagai nilai dan nasihat yang boleh diambil dan direnungkan sepanjang menonton kedua filem pendek ini supaya kita semua dapat mencari ikhtibar dan sentiasa memperbaiki diri untuk sentiasa menjadi lebih baik pada masa depan.


TUGASAN 4 : PENULISAN RENCANA (PAIR WORK)

TUGASAN 5 : REFLEKSI MOVIE MULAN LIVE ACTION


Mulan adalah sebuah filem aksi fantasi Amerika tahun 2020 yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini diarahkan oleh Niki Caro daripada lakon layar oleh Rick Jaffa, Amanda Silver, Lauren Hynek dan Elizabeth Martin, dimana ia adalah adaptasi aksi langsung filem animasi Disney 1998 dengan menggunakan nama yang sama. 


Selain itu, filem ini berdasarkan cerita rakyat China iaitu Ballad of Mulan. Filem ini dibintangi oleh Yifei Liu yang memainkan watak utama, bersama Donnie Yen, Tzi Ma, Jason Scott Lee, Yoson An, Ron Yuan, Gong Li dan Jet Li yang merupakan watak sokongan. Filem ini berkisahkan seorang perempuan bernama Hua Mulan, yang merupakan anak pahlawan yang dihormati, dimana dia telah menyamar menjadi lelaki untuk menggantikan bapanya yang sakit semasa kerahan tentera am untuk menentang tentera Rouran di Imperial China.


Berdasarkan filem ini, terdapat beberapa kritikan yang kita dapat lihat dan simpulkan. Antaranya ialah kritikan dari segi penulisan skrip, kekuatan dan kelemahan filem ini dan dari segi lakonan.


Penulisan skrip

Dari awal filem lagi, skrip yang digunakan adalah dengan menggunakan ayat dan dialog yang sesuai. Ayat dalam skrip menggunakan kata-kata dalam Bahasa Inggeris yang bertaraf tinggi. Selain itu, bahasa yang digunakan juga tidak mengandungi unsur-unsur negatif contohnya, perkataan mencarut dan lucah. Tambahan pula, skrip yang ditulis menggunakan ayat-ayat ringkas yang mudah difahami oleh para pembaca dan penonton. Hal ini membuatkan penonton dapat menghayati setiap ‘scene’ dan apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Di samping itu, ada sesetengah skrip mempunyai unsur-unsur komedi, membuatkan para penonton tidak kering gusi kerana ketawa. 


Kekuatan

Filem Mulan mempunyai kelebihan-kelebihan terpapar yang patut dipuji. Sebagai sebuah filem Amerika, perwakilan kebudayaan yang dipaparkan seperti penggabungan pelbagai elemen tradisi, pakaian dan tempat yang melambangkan kebudayaan Cina adalah menakjubkan. Ia menunjukkan penghargaan dan penerimaan pengarah Amerika terhadap budaya lain. Hal ini secara tidak langsung dapat membuka mata penonton mengenali kebudayaan Cina secara visual, justeru menghargai dan menerima perbezaan masyarakat.


Selain itu, protagonis wanita yang menjadi fokus kepada filem ini juga harus dipuji. Umum mengetahui kedudukan wanita sering diremehkan dan pencapaian lelaki sering dijulangkan. Filem Mulan yang menggambarkan wanita yang berani, cergas dan berazam kuat berjaya membuktikan wanita sebagai golongan yang mampu berkorban demi keluarga dan negara.


Seterusnya, filem Mulan menitikberatkan kepentingan untuk menerima diri seadanya walaupun berbeza dengan orang sekeliling. Filem tersebut menunjukkan perjalanan Mulan merungkai identiti dan kekuatan peribadi sebenar, kemudian belajar menerima dan berbangga dengan diri sendiri. Penonton remaja yang mengalami identiti krisis pasti mendapat inspirasi melalui filem tersebut.


Kelemahan

Berdasarkan filem Mulan yang dipertontonkan, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dizahirkan sebagai kritikan agar penambahbaikan boleh dilakukan. Kelemahan yang pertama adalah, terdapat beberapa bahagian dari filem asalnya telah diubah. Contohnya, watak Mushu iaitu seekor naga telah dihilangkan daripada jalan cerita tersebut. Ini kerana, dari awalnya filem ini bersifat fantasi. Dalam genre kartun iaitu filem yang terawal, Mushu ditampilkan sebagai seekor naga yang boleh bercakap dan telah berjaya membantu Mulan untuk mendaftar sebagai tentera diraja. Akan tetapi, menurut Eddie Murphy, beliau berkata bahawa watak Mushu tidak di hilangkan dalam versi live-action, peranannya digantikan dengan watak Phoenix. Ada juga yang mengatakan bahawa watak Mushu telah digantikan dengan watak Gong Li di dalam versi live-action tersebut. Ini telah menimbulkan banyak spekulasi dari penonton serta peminat filem Mulan. 


Selain itu, kelemahan kedua pula adalah para penggemar filem Mulan ini ada yang mengatakan bahawa naratifnya terlalu cepat. Hal ini kerana, ada beberapa pendapat menganggap filem Mulan ini terlalu cepat dalam mengisahkan ceritanya. Alur cerita yang terburu-buru menyebabkan kesan penyampaian ini tidak sampai pada penonton dan penonton tidak dapat menikmati cerita ini sepuasnya.

Di samping itu, kelemahan yang ketiga ialah aksi pertarungan yang kurang ditayangkan. Seperti yang semua maklum bahawa filem Mulan ini adalah filem aksi. Akan tetapi, ianya amat mengecewakan segelintir penonton kerana aksi pertarungan atau epik hanya sedikit ditayangkan. Ini dapat dibuktikan yang ada beberapa aksi pertarungan di dalam filem ini belum mencapai kemuncaknya dan bersifat statik. Oleh itu, penonton tidak berasa puas dengan apa yang mereka tonton dari filem Mulan ini.


             Lakonan

   Ramai penonton tidak berpuas hati kerana pelakon utama, Mulan hanya diketengahkan dengan sifat kepahlawanan semata-mata dan banyak menunjukkan rasa agresif sedangkan pada cerita asalnya masih terselit ciri-ciri keayuan dan adegan cinta di dalam filem tersebut. Peminat yang menunggu adegan romantik dari filem ini turut kecewa kerana banyak adegan dihapuskan. Peminat memberi pendapat bahawa Mulan tidak perlu terlalu menunjukkan sisi kegagahannya kerana filem ini lebih digemari oleh kanak-kanak berbanding orang dewasa.


Kesimpulannya, jika dilihat dari semua aspek dan kritikan yang dinyatakan, boleh dikatakan bahawa kadar penilaian filem ini adalah 4/5. 


Comments

Popular posts from this blog

PROJEK AKHIR KEWARTAWANAN (B) SEMESTER 3

SAMBUTAN PESKON UUM SINTOK, KEDAH